Tuesday, December 14, 2010

SEJARAH SK. PATAU TAMBUNAN

Sk.Patau terletak di tepi jalan raya Tambunan – Ranau yang jauhnya lebih kurang enam belas kilometer dari pekan Tambunan. Keluasan kawasan Sk.Patau meliputi  5.13 ekar.
         Sekolah Kebangsaan Patau ditubuhkan pada 18 April 1955, semasa pemerintahan  Crown Colony iaitu  sebelum Sabah (North Borneo) mencapai kemerdekaan melalui Malaysia pada 1957. Namun sekolah ini telah dibuka secara rasminya pada tahun 1975 oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. James Ongliki. Ketika itu sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Sukarela Rakyat (Native Voluntary School). Bilangan pelajar pertama sekolah ini adalah seramai 50 orang yang datangnya daripada Kg.Patau, Kg.Kuala Namadan, Kg.Sinungkalangan, Kg.Tiang Minonun, Kg.Kusob dan sebilangan kecil daripada kampung-kampung kawasan utara. Manakala tenaga pengajarnya pula cuma seorang sahaja iaitu En.Kinsing Igil.Sebagai sebuah sekolah sukarela, para ibubapa telah berusaha sendiri untuk  menanggung  pembayaran gaji (sagu hati) kepada guru berkenaan dengan kadar $40 sahaja setiap bulan.
       Sekolah ini juga mendapat kemudahan internet, telepon, letrik dan air graviti yang menjadikan sekolah ini bertaraf B dan sekaligus tidak layak menerima elaun hidup susah sejak tahun 2000.
          
   Pengasas sekolah

 1. Sgt.Umbat Yangguai
 2. En.Abdullah Dihol Awang
 3. En.O.T Uliti Unggaron
 4. En.Amuru Ansa
 5. En.Lanun Alidah
 6. En.Ombou Inggou.

Senarai nama Guru Besar

1.   En.Insing Igil                              1955 - 1957
2.   En.Mohd Zaini Awang               1957 - 1961
3.   En.Mohd Kaji Madan                 1961 - 1963
4.   En.Ahmad Hussien                    1963 - 1963
5.   En.Abd.Hamid Kiki Miun            1964 - 1965
6.   En.Rosli Miun                            1966 - 1966
7.   En.Binty Sinusun                       1967 - 1967
8.   En.Majanis Sikampong              1968 - 1969
9.   En.Jamileh Alip                          1969 - 1970
10. En.James Billy Jarang                1971 - 1972
11. En.Mohd.Banting Taliban          1972 - 1973
12. En.Kasmir Yosing                      1973 - 1973
13. En.Kassim M.Jaie                      1973 - 1975
14. En.Goeffrey J.Goroi                   1975 - 1980
15. En.Muffari Hj.Musa                    1980 - 1984
16. En.Ag.Damit Abdullah                1985 - 1985
17. En.Md.Ali Abdullah                     1985 - 1986
18. En.Richard G. Gansing               1987 - 1988
19. En.Damian Marcus Podtung   1989 –

No comments:

Post a Comment